August 29, 2011

salam lebaran :)


kepada : followers, loyal readers, silent readers, stalker, family, bakal family (waahhh !), geng blogger IIUM, CFS IIUM Chatting Group, kawan2 SKSS, SAMTK batch O5/09, EX dormmates E-1-2, & everyone who read this blog :)
pemilik blog penguasahatiku dengan rendah hati memohon kemaafan andai ada salah dan silap selama mengendalikan blog. andai ada yg terasa hati dengan entry-entry di blog ini. ampun dan maaf dipinta. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
 

salam sayang;
fieza :)

August 24, 2011

kad raya special :)

Assalamualaikum semua :) macam mana persiapan raya? ready? puasa penuh tak? haaaa ! tak puasa penuh tak boleh dapat duit raya taw. haha. :D

Sangat terkejut dan TERUJA hari ni, sebab tadi dapat something from someone, sebenarnya hari ni tunggu tudung aku sampai, tp bila tgk abg posmen tu bagi ehh. apsal ada envelope lain pulak tudung aku ni, ehh apsal daripada nama yg sangat dikenali. Tiba-tiba excited bukak envelope yg speacial tu, tudung tu aku abaikan seketika. hehe. Bila bukak, macam2 pulak dalam nya, ada kad raya and ade surat ehem2. nasib baik takde bedak dalam tu. hahaha. kalau ade bedak memang old tradition gila arhh. LOL !


tgk siap pos express lagitu, dijamin sampai esok. :D


anyway, tq so much bg kad raya yg cantik, colourful. haihhh. maluuu je kad raya aku simple gila kot, takde colour2 macam ni. + yg kuning tu surat ehem2. hahaha.  LOL ! kalau letak bedak, mesti lagi syok kot.

ok then, selamat membuat persiapan berhari raya semua :)

wordless wednesday #7





#MameeMonster would like to wish you Selamat Hari Raya & remind you to drive safely if you are going back to kampung

August 20, 2011

mari mengejar malam Lailatul Qadar.

Assalamualaikum,
Dah lama blog ini dibiarkan begitu saja, sindrom malas update dah datang semula, Mari kita sama-sama baca sedikit article yg ingin dikongsikan utk anda semua :)



LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:

"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."
Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-
i. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;

ii. Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;

iii. Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;

iv. Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);

v. Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;

vi. Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;

vii. Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan

viii. Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:
i. Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;

ii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;

iii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan

vi. Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu . 

:)

August 17, 2011

August 15, 2011

siapa nak kad raya ??


Assalamualaikum.
kehangatan aidilfitri semakin dirasai.. Oleh itu, sesiapa yang nak kad raya dari Nurul Hafizah, exclusive ni, limited edition, sila sms nama penuh, dan alamat rumah anda ke number handphone saya. unknown number tidak akan dilayan. melainkan dikenali. haha :D SMS taw ke number celcom aku kalau ada lah, number maxis dah lama terkubur. So kalau sesiapa yg hantar kat number maxis memang tak akan sampai. ok then. bye !

August 12, 2011

Terujanyee ada orang tag saya from Cikqil ! TERUJA GILA OK !


Assalamualaikum......
sila lihat tajuk tu. teruja tak aku?? TERUJA OK ! sampai aku tambah2 tajuk tanpa mengikut syarat. boleh kan qil, kalau tak boleh pun nak jugak !!! (sambil hentak2 kaki) hahaha. Ok ! actually aku telah ditag oleh mybestfriend. super bestfriend forever. BFF ! jangan culik BFF saya. dia saya punya ok !


ok lets check it out the question :-


1. Kenal Cikqil tak ?? Kalau kenal describe sikit pasal Cikqil. *ehem*
  • Gila apa aku tak kenal BFF sendiri. Pastilah kenal, terlebih kenal kot. KENAL laaa ! kena describe ye, alaaa, ni rahsia dalam kelambu pun nak kena reveal ke?? takpe2 demi tag ini, aku jawab. ehem2. Cikqil ni :- jeng jeng.... dia GILA. haha. main2 ok!, jgn marah. ok2 cikqil ni dia tinggi orgnya, lebih tinggi dari aku -.-', lepas tu dia banyak cakap, dia dah semakin mengurus kot. hahah. one more thing, paling penting ni. dia nampak je brutal, tapi dalam hati ada taman beb. tak caye? haha. hack lah twitter kami ! wohooo. kalau rasa nak kena parang ngn aku, add lah !
2. Cerita sesuatu yang selame ni orang tak pernah tahu pasal diri korang. *jengjengjeng*
  • aku selalu bangun tido pukul 1 tgh hari. okbye !
    perkara tersebut berlaku, semenjak cuti yg terlalu panjang. tapi bulan puasa tidak lah berlaku. kadang2 je.
3. Perasaan korang saat mendapat soalan sebegini ?
  • tgk tajuk pun dah tau. TERUJA GILA ok ! ini 1st time tauw cikqil buat benda alah tag tag bagai ni. haha.
4. Ape yang mengganggu pemikiran korang saat ini ?
  • Adalah. ini cerita baru tahu tadi. SubhanaAllah. :( -secret-
5. Ape / siapa yang dirindui saat menaip jawapan ini ??
  • dah pastilah cikqil ! uhhh. RINDU habissss kot. bila nak dapat jumpa ni !!! dan juga merindui mr.beruang dan yana !
6. Sile senaraikan 5 perkare normal bagi seseorang yang bergelar student. Kire campus life or student life.
*rindu kot zaman ni, tak lama lagi bakal bermula semula campus life aku.
  • tido lambat, sebab stay up nak siapkan assignment or stay up sebab esok nak test (memang sgt normal)
  • sebelum pegi class check msg, mana tau class cancel.
  • last2 minute siapkan assignment baru puas hati. selagi belum due date, selagi tu tak nak siapkan.
  • bila tiba hari jumaat je, dah terpikir weekend nak buat apa, nak pegi mana. pastinya berpoya-poya dgn kawan2.
  • kalau ade gap kelas even 30 minit, sanggup balik bilik sebab nak tido. haha. aku selalu buat ok !
*dah2 cikqil nak 5 je kan, kang aku bagi 10 pulak ! habis rahsia kat u semua kuar.

credit to : cikqil blog's. click header beliau utk ke blog beliau.

segala syarat2 telah dipatuhi. fyi, aku followers pertama kot blog dia. so tak payah susah2 dah nak follow.
kalau aku tak nak tag sesape boleh kan?? sebab cikqil aku punya. tak nak kongsi2. eceeehhh. TAMAK !

last but not least. I LOVE YOU cikqil !
terima kasih tag aku yg rajin ni. heheh.

tagline blog saya adalah -------> PENGUASAHATIKU.

August 10, 2011

August 8, 2011




-BUSY-








August 3, 2011

August 2, 2011

happy anniversary Sweetheart !!!

Assalamualaikum semua. puasa tak hari ni?? kalau tak puasa tak boleh dapat duit raya tawtaw ! *dah besor gajah nak duit raya...booooo*
hari ni aku bagitau yang hari anniversary aku dgn ehem2 aku, my lovely, jantung hati, intan payung, you're everything ok ! ilovesomuch.muahmuah, peluk cium sket ! awww. Dia lah tempat meluahkan perasaan, tempat mengadu, tempat bermanja, beekongsi kisah suka dan duka. thank you so much being so loyal to me. awww! so sweettt.


So, HAPPY 2ND anniversary mysweetheart blog penguasahatiku.
korang jgn pikir aku songsang ye, aku normal ok seperti manusia biasa. Mr.beruang, jangan jeles ok ! ktorg pun takde anniversarry camni. See.. how special this blog to me :)

this blog inspired from blog cikqil aka my BFF! cewahhh. :D blog dia lahir dulu, baru blog aku. blog dia lahir pada 1/8/2009. See... blog pun nak dekat2 sama kan. haaa! thank you qil ! ni pun tempat gaduh, luah perasaan, ngumpat and everythinglah. lovelove! sekali lagi, mr.beruang jangan jeles ok ! :P

thank you to everyone yg sentiasa visit blog penguasahatiku ni, followers, silent readers, loyal readers, those yg tgh blogwalking. thank you so much ! :)
*blog without readers, it not call's a blog.*

August 1, 2011

ahlan wasahlan ya ramadhan :)


Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian. (ini bukan entry pasal khairul fahmi ye). Bulan Ramadhan kembali lagi. Kali ni sangat happy sebab dapat puasa sebulan dengan family.

Kenangan yg paling tak boleh dilupakan berpuasa di CFS IIUM,Nilai. berpuasa jauh dari family, everything buat sendiri, sahur bangun sendiri, buka puasa sediakan makanan sendiri. First time dalam hidup bulan puasa di negeri lain. But it such nice memory berpuasa di asrama bersama kawan-kawan. Teringat bangun sahur, kawan-kawan tolong kejutkan, gegar2 katil..heee, makan sama-sama, even hanya minum air tetap bersama kawan-kawan. Pergi bazar ramadhan Nilai lepas habis class dgn kawan-kawan, buka puasa sama-sama dalam dorm, share makanan. I miss all these thing with them. Solat maghrib berjemaah, tadarus Al-quran dan solat terawih dalam dorm. Part ni paling best, sebab first time tiqah ajar aku, jadi bilal utk solat terawih. Tak boleh lupa punyalah. :) . Kadang-kadang buka puasa kat luar, dengan kawan2, and kadang-kadang abang datang buka puasa kat Nilai. thank you so much uols ! :)

utk kawan-kawan dorm E-1-2, selamat berpuasa! semua dah terpisah kan, nnt kte jumpa balik taw. rindu korang semua. teringat bulan puasa g KLCC dgn yana and bell cari kasut raya ! haha. :D

tahun ni, aku kembali berpuasa dirumah semula. Tahun depan, InsyaAllah. dapat rasa puasa kat main campus pulak ;-)

Marhaban Ya Ramadhan. banyakkanlah beribadat dibulan puasa. bulan ramadhan bulan yg mulia dan penuh keberkatan. Selamat berpuasa semua pengunjung blog penguasahatiku.
Ramadhan Kareem :)