July 26, 2011

blood test.

Assalamualaikum readers yg comel2 + hensem tu ye. :)
Semalam aku buat blood test kat clinic yg berhampiran dengan rumah aku. Knp aku buat blood test? NAK KAHWIN LAH ! LOL. haha. joking ok ! aku buat blood test utk di isi dlm form intake IIUM. result for blood test tu lah.

Aku agak takut utk buat blood test tu. Macam-macam aku tanya doctor hensem tu (oppsss perlu ke mention..) Boleh pulak doctor tu gelakkan aku =.=' doctor tu kata "dah 19tahun nak masuk U dah rupanya, buat apa takut tak sakit punya, sikit je"
masa doctor tu cucuk tangan aku, ramai pulak nurse dok bergossip, masing2 nak tgk aku ! Dah lah suara aku je dalam bilik doctor tu. Takdelah sakit mana pun kena cucuk sebenarnya. HAHA. gempak je doctor tu takutkan aku. haihhh =='

selepas buat blood test. result akan keluar dua hari lagi. (abaikan inai dijari)



July 24, 2011

selangkah ke Taman Ilmu dan Budi. UIAM (:

Assalamualaikum.. :)
This week aku dah mula busy dgn urusan nak masuk main campus September nnt. kalau boleh nak settlekan everything sebelum puasa. setakat declaration form, mahallah form and segala form yg adalah aku tak print lagi, baca pun sekali imbas je. hehe. Takpe everything gonna be fine. Cool sudah. Nak isi form semua tu seminggu sebelum pergi pun ok lagi.

Jumaat lepas, aku pegi main campus IIUM, Gombak dengan abang fahmi. Excited je pegi, sebab nak bayar yuran masuk kat Muamalat dalam tu. Tak semestinya kena bayar dalam main campus taw, any other branch of bank muamalat boleh bayar, takde masalah. Cuma ini je branch yg terdekat dan senang nak pergi. Agak lama lah jugak tak pergi main campus ni. Abang aku lagi lah, sejak dia convo dia tak pernah pergi dah. So everything dah change.

Sampai je kat main entrance dah rasa, wahhhh ! lepas ni, inilah dunia aku ! :) inilah tempat aku. Tujuan utama pegi sini adalah utk membayar yuran. So, perjalanan diteruskan ke CAC. Parking kat situ and jalan pegi area Azman Hashim Complex. Kat situlah menempatkan semua bank bank. Bank Muamalat, AmIslamic Bank and Bank Islam. Urusan dalam bank tu kejap je, sebab tak ramai pun org kat situ.
Ok lega. sebab dah bayar yuran. Settle je semua tu, ajak abang jalan2 dalam tu. So, abang aku bawak around KIRKHS. Kuliyyah aku lah tu. Tapi aku tak nampak pulak department course aku. Yg aku nampak just department of Communication. I will know that during Taaruf Week lah nnt. :) Syok lah weh ! Semua ada kat dalam tu, so tak payah susah2 nak keluar.


CAC. (cultural activity center)

dah habis round Kuliyyah, nak round mahallah pulak. Abang aku pun bawaklah pergi round Mahallah Ameenah. Abang aku kata kalau dalam UIA ni takde istilah dekat dengan kuliyyah. So, wait n see jelah. huuu. Aku dah dapat bayangkan ye masa tu. huaaa! mak !!! nak basikal. hahaha :D

mahallah ameenah.

Habis satu Uia kitorg round. Siap masuk dalam area Mahallah lelaki. lagilah !! SANGAT JAUH ok nak pegi kuliyyah. HAHA. no wonder lah kebanyakkan student UIA ade kenderaan sendiri.

itulah cerita aku selama beberapa jam dalam UIA. Tak sempat pun nak jumpa my uncle kat kuliyyah AIKOL. Nampak kereta je. hee. Takpa nanti dah duduk dalam UIA nak jumpa hari hari pun boleh. Kalau aku rajin lah nak berjalan sampai ke kuliyyah law tu. heee.
Tak sabar rasanya nak belajar sebab dah lama sangat cuti, tak sabar nak duduk dalam mahallah baru, tak sabar nak register ok ! haha.


haritu kan ada orang kata aku,
"biarlah fiza hidup dgn dunia UIA dia yang gah tu !"
owhh ok fine.
So, what? aku belajar kat UIA mestilah aku cakap pasal UIA,
aduhai.
kau pkir kau tak banggakan u kau tu ! boooo lah wehhh!
kau tu belum masuk blaja lagi, jgn nak poyos ok ! :P

kau lagi excited tau bagitau kat semua org.
hambik kau aku tulis kat blog aku. ade aku kesah **emo**

July 22, 2011

mission thursday !

Assalamualaikum semua. Well HELLO everybody ! :D currently at kampung sawah. huaaa! no more unifi yg laju berdesup-desup tu. ohh tidak ! i miss to download macam2 benda. now using maxis broadband yg laju ala2 siput naik moto. ok dah ! merepek.

my Thursday mission !
pegi the curve dgn makchidah, makkechik and abg jali. Seperti yg dirancangkan, tiba2 dorg semua jatuh off day hari khamis. so apa lagi. Movielah at cineleisure e@curve. Sampai2 je abg aku cakap, as a SUPIR kepada kami semua, "nak balik pukul 10 malam pun takpe ni" haha. banyak lah! pukul 6 ptg je aku dah pening2 sebab bangun awal pagi. HAHA.

so excited sebab dapat tgk harry potter and the deathly hallows part 2. Ni memang cerita favourite ok ! aku tgk since yg first lagi sampai lah yg last ni.sgt best ok ! awesome ! semua part dia best sangat2! aku bagi 9/10. lagi satu tu sebab cerita ni banyak terkejutkan aku! haihhh. tapi sangat best. tak rugi ok tgk harry yg handsome ni. dah keluar cinema pun siap tanya makcik aku lagi, "ada tak jual tongkat magic harry potter ni" haha. gedik kan aku ! :P

keluar je dari cineleisure ni, nampak someone tgh practice squash kat depan laundry bar thecurve. huuuu. nak tau tak sapa? Azlan Iskandar uols ! handsome yawww! kebetulan on that day ada squash malaysian open kat tgh2 thecurve tu, so tgk lah sekali. tapi kejap jelah, sebab kaki ni mesti nak pegi shopping punyalah. owhh. i also meet awal ashaari at schapoholic. adess. kedai dia lah.

bila dah penat2 berjalan, abg aku ni ajak makan kat tutti frutty. yummy tutti fruity !! thank you makkechik belanja :)

nice day with auntie2 and abg jali. so, thursday mission is completed.
wait my entry for the next mission.
ok bye ! till then. :D

p/s : thank you so much cikqil sebab buatkan header yg
cantik meletup vogue tu ye ! :)

thanks jugak layan aku yg tgh marah malam tadi.
haha. nice beb!

July 20, 2011

wordless wednesday #2


video

miss you yaya !


July 17, 2011

random question, tagged by ladyliyana !

Assalamualaikum, happy sunday ! happy weekend ! dah lama tak update blog, dah lama tak blog walking, dah lama tak jadi stalker. rindu kerja-kerja ini. haha. semakin ada unifi, semakin aku malas online. haha. lagi sakit tangan bila online guna ipad and hp.
bila bukak blog sekejap tadi, tgk2 ladyliyana tag aku dgn random question. actually it's from Azroie, and tak tau lah azroie dapat dari mana. sampai hati azroie tak mau tag aku ! hahaha. marilah lawat blog azroie ! sila tekan nama dia. :P AZRI AZROIE

dengan ini aku pun tag mereka mereka ini :-

cikqil
eqin
sis ziela
bismillahirrahmanirrahim. aku pun nak mula menjawab !

1)The phone rings.What is your ring tone?
- secret by one republic !

2)Did you go anywhere yesterday?
- hospital sg.buloh visit my auntie with my bro.

3)Who was the last person you shared beds with?
- my auntie, makchidah !

4)Favorite drink?
- milo, + starbucks punya mocha. yummmehh!

5)Does the person you like know that you like them?
- mestilah dia tahu .

6) Last time you talked to your mom and what is the topic?
- mak masak apa hari ni?? nnt bawak dtg sini sikit ye.

7) Where are you right now?
- depan laptop, tgh jawab soalan ni.

8)If you HAD to kiss the last person you kissed, would you?
- Yes ! off course.

9) Favorite gadget in the kitchen?
- fridge la ! banyak ice cream dgn chocolate dlm tu :)

10) Favorite pie?
- taksukamakanpie !

11)How is your hair?
- tak perlu cerita kot. haha.

12)Where's the last place you walked to?
-my bedroom !

13) Last time you had a sleepover?
- nope ! mak tak bagi tido rumah org. haha.

14) What are you doing?
- blogging. sambil book ticket nak fly next year.

15)Have you been in a car accident?
- no !

16)What is the last thing you said aloud?
- makchidahhhh!!!!! bangun !!!!!

17) Who's the 1st person on your missed calls list?
- Saari !

19) What did the last text message you received say?
- from Saari : dia kata cam ni.
Buat apa ni awak?
: aku tak reply sebab aku tgh tido. sorry -.-'


20)Last time you went to the beach?
- dah lama tak pegi pantai. sob sob~~


21) Story behind your myspace song?
- myspace song? no song ! no myspace.

22) What's bothering you right now?
- cepatlah habis soalan ni ! aku nak lipat baju ni. hahah.

DESCRIBE YOUR:
23)Wallet: GUESS yg boy bagi dulu masa birthday present yg ke 18. sampai sekarang aku guna. sayang gila, sebab banyak duit dalam tu. haha. :P
24) Eyes : mata saya besar !
25) Life: bersyukur dgn apa yg dimiliki sekarang ni. Alhamdulillah.

26) Doing this weekend to come.?
- pegi hospital sg.buloh then balik kampung.

27)Wearing
- Zara black tshirt and jeans. aku nak kuar jap ag !

28)Wanting.
- nak pegi the curve, beli birthday present !

29) Listening to.?
- now i'm watching toy story. so , aku dgr cartoon tu bercakap2. haha.

30) What shampoo brand you are using ?
- LOREAL ELSEVE, pink colour.

31) Do you sleep sideways, facing up or down?
-sleep sideways with my mr beruang ! :)

32) Do you like seafood.?
- off course ! i love seafood.

33) Do you play soccer.?
- sometimes, futsal lah !

34) Do you consider yourself as a study freak.?
- NOOOO ! last minute study ade lah .

35) Do you speak another language other than English.
-Bahasa Melayu laaa! arabic sikit2.

36) What did you do last night.?
- main iPad dgn hazim.

37) What do you hate.?
- org yg tak suka berterus terang !

38) Orange or apple juice.?
- apple !

39) Who were the last people you went out to lunch with.?
- makchidah and makcimah kat ayam penyet The Curve :)

40) Last thing you ate.?
- daging masak kicap !

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

yeahhh ! finally done all these messy thing ! hahaha. ikhlas dari hati. kawan2 lain. selamat menjawab ye.

July 13, 2011

July 6, 2011

sekali lagi........♥


Assalamualaikum semua. haaa! ni aku nak bagitau kat korang semua yg aku dah tgk cerita ni. aku pegi wayang semata-mata nak tgk cerita ni. elehh, jiwang ar minah ni, tgk cite melayu. jgn salah sangka, memang nak tgk cerita ni, sebab ade lisa surihani and mia sarah yg comel2 ni. masalahnya aku tak pernah tgk cerita melayu kat wayang. HAHA. so mulalah perasaan mengantuk menguasai diri dan tak focus dgn cerita. sorry, sorry kpd yg belanja aku tgk cerita ni! lepas ni kena tgk cerita action, confirm aku tak ngantuk

terima kasih belanja aku movie and makan-makan ! jumpa lagi :)
sekali lagi kita berjumpa.

tq mr.beruang



July 5, 2011

jom sukan !

Assalamualaikum bloggers tersayang semua, my loyal reader, my silent reader. meh meh sini baca blog busuk aku ni. dah macam blog usang dah rupanya. pemalas betul tuannya nak update. bukan pemalas ye tuan puan, adik abang akak semua. cuma takde masa dan semangat yg berkobar-kobar nak update blog ni. lets enjoy the story!

1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia.
2 Julai 2011 (Sabtu) - seperti yg korang semua tau, satu malaysia mengadakan program sukan larian sukan 1 Malaysia kat setiap sekolah seluruh negara. walaupun aku dah tak sekolah, tapi aku participate this event. (participate lah sangat), aku rasa kalau aku sekolah lagi, boleh kena buang sekolah, larian start pukul 7.30. aku pulak baru terkial2 nak bersiap. HAHA. sorry2 cikgu. sebenarnya on that day adalah hari temasya sukan dwi tahunan sekolah kebangsaan sawah sempadan. which is my ex primary school 1999-2004 ! semangat tak semangat lah kan aku. setelah beberapa tahun aku tinggalkan sekolah tu, and semalam aku dipanggil utk bertugas sebagai urusetia utk events tu. bila jejak je kaki kat sekolah tu, mula teringat zaman hingusan dulu-dulu. zaman nakal, zaman kena cubit dgn cikgu rohana, zaman kena pulun utk UPSR ! and membuktikan kami batch terbaik sepanjang zaman dlm sejarah SKSS. :)

bila dah sampai sekolah, dapat jumpa kawan-kawan masa sekolah rendah dulu yg dah lama tak jumpa, macam Fatin Farhana, Aifaa, Afiqah, Farahin, Syiqin, Asnor Iqbal firdaus, rahman, rahim, fijien, nazrin, and ramai lagilah. (sebenarnya aku tak ingat nama korang ) sorry. heee.:D

bila acara sukan dimulakan, aku puas dok gelakkan dorg bersukan. mesti budak2 tu geram je ngn aku, sebab asik dok gelakkan acara sukan dorg. nak tau dorg main ape? meh aku tunjukkan seberapa gambar-gambar yg ada. credit to cikgu zuraini.

korang tgk gigih tak budak tu pancing ikan kertas kat tgh2 padang ! HAHA. aku pun tak tau cemane ke caranya main benda ni.

yg pakai baju pink ni budak2 pra sekolah, bukan rumah pink ye! yang ni acara tiup belon, kembang2 hidung budak tu tiup belon. hahaha. belon belum pecah korang dah larik kat aku, nak tulis nama. haha. sorry dik, disqualified lah !

yang ni pulak acara aiskrim gergasi. gergasi pun ade aiskrim wehh. korang jgn tak tau. tgk lah tu. macam tu lah main nye, passing2. cikgu dorg yg terjerit2 suruh budak2 berlari.

gambar ni pulak menunjukkan acara masukkan air dalam botol. dulu acara ni guna span kalau tak silap aku. skang dah tukar kepada pencedok air yg kat pasar tu. haha. focus kat gambar ni, yg hujung sekali baju merah tu lah anak buah aku! haha. gigih tu dia masukkan bagi tak tumpah!

yg ni acara tradisi, aku rasa kat mana-mana sekolah mesti ada acara ni. acara yg paling aku tak suka, lari dalam guni. mau jatuh tersungkur kalau aku yg lari dalam ni. haha.

acara sukan yg dijalankan, ada masih sama dari dulu sampailah sekarang, masih mengekalkan permainan lama, dan ada juga yg baru.

yg ni acara yg dinanti2kan. persembahan dari pelajar darjah 4 and 5. sumpah aku rasa nak gelak guling masa snap gamba ni. sebab ade budak2 lelaki yg menari. one of them adalah sepupu aku. aiyooo. aku rasa kalau 10 tahun lagi korang tgk gamba ni, mesti rasa nak bakor2 je, sebab kecik2 korang menari. haha.

lastlyyy.. gambar yang dinanti2kan. inilah muka urusetia temasya sukan SKSS.
masing-masing buat iklan ubat gigi, yg sebelah aku tu fatin zanariah aka makdatin ! haha. and yg tersenyum manis bertudung hitam tu kak shida :)farahin, nabilah, hawa dan afiqah :)

ehem2, phewwwiittt, inilah saya. hahaha. taraaaa! tgk baju aku. aku pakai baju UIA weh! ahaha.

begitulah laporan hari sukan dari hafizah. ex-student SKSS 1999-2004. selamat tinggal SKSS, selamat tinggal adik-adik, selamat tinggal cikgu-cikgu tersayang.
buat guru-guru SKSS, terima kasih cikgu !




July 1, 2011

kuatkan hati kami.

now 3:06 a.m. on my computer. masih belum tidur, ni gara-gara minum nescafe yg banyak kot tadi. ahh abaikan. dah lama rasanya aku tak layan blog aku ni. sorry to my readers, aku agak busy sejak beberapa hari ni + penat yg teramat sangat.
beberapa hari yg lepas, dua hari2 berturut-turut aku dok ulang alik ke hospital Klang, sebab makcik aku@adik kepada abah aku, telah dimasukkan ke hospital Klang akibat pengsan kat rumah and doctor sahkan ade bleeding dalam kepala. she's in critical condition masa aku pergi tengok tu and masih belum sedar lagi. on that dah jugak buat operation utk keluarkan bleeding yg dah merebak tu. sedih sgt bila kami semua dapat melawat kat icu room hospital Klang tu.
Ya Allah, kuatkanlah semangatnya melawan penyakitnya. Amin.
dan kuatkanlah hati kami menerima dugaanMu ini. :'(