Assalamualaikum adik-adik, abang-abang, kakak-kakak. Entry ini khas utk adik-adik yg bakal memasuki CFS IIUM @ Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Khas juga kpd yg bakal menduduki Kampus Nilai. Diharap entry kali ini sedikit sebanyak dapat membantu adik semua. Ok izinkan saya membahasakan diri sebagai kakak, walaupun hakikatnya tidak mempunyai adik pun. Hehe.
Setelah dikaji dari page group CFS IIUM CHATTING dan UIAM 2010/2011, ramai jugak yg banyak bertanya pasal course Human Sciences dan macam mana kehidupan kat Nilai. Say thanks utk senior-senior yg rajin menjawab soalan korang semua. Akak pun mcm tu jugak dulu, banyak refer kat group tu. Sangat membantu taw. Untuk student UIAM 2011/2012, korang hanya dapat merasa satu semester je duduk kat Nilai tu. At least merasa gak lah kan macam mana bestnye hidup di Nilai.
Ok lets begin. Bermula dengan offer letter yg korang dapat tu. Dah reply ke belum? Kalau ade yg terlupa reply pun takpe, yang penting korang dah accept offer letter tu kat website. Print out segala form yg ada. Booklet pun, itu sangat penting. Settlekan hal pasal biasiswa [setem hasil tu penting], bayar yuran and buat account muamalat. Fyi. Korang tak perlu buat medical check up, just buat x-ray sahaja. Medical check-up akan dibuat di clinic UIA. Kalau semua tu dah settle. Proses register korang akan jadi smooth je.
Untuk sister, jangan lupa bawak kain sarong warna putih, untuk dipakai dengan baju batik. Tudung putih UIA akan sediakan. So, the weeks of Taaruf Week korang kena pakai baju kurung and tudung taaruf berlambang UIA yg akan diberikan nanti. Baju batik dan baju t-shirt UIA akan sediakan. Untuk brothers pulak bawaklah kemeja putih 2 or 3 pasang. Taaruf Week takda lah tough sangat. So don’t worry ye semua.
In the weeks of taaruf week. Ada 3 exam yg korang kena jawab, firstly EPT which is English Placement test and APT- Arabic Placement test. Dua-dua exam ni akan menentukan berapa lama korang duduk kat CFS sebelum futher to degree. Ok ! ni untuk student HS or BEN sahaja yg dapat akak ceritakan. If result korang kedua-dua test ni exempted, masa belajar korang hanya setahun. Jadual korang jugak akan banyak free. Exempted bermaksud korang dah lepas test bahasa ni, tak payah belajar bahasa arab and English kat CFS. If tak exempted starting korang English level 5 or 6 and arab exempted or arab part 2, masa belajar juga setahun. If korang takde basic Arabic langsung tapi English exempted, masa belajar pun setahun jugak. Kalau yg setahun setengah pulak, English level 4 and without basic in Arabic or Arabic part 2. So, dinasihatkan, korang jawablah exam tu betul2 ye. Bagi sesiapa yg ade basic Arabic, better korang jawab exam arab tu. Nnt jimat masa korang taw. Ok, all the best. Untuk lebih lanjut, nanti korang akan ada briefing pasal ni.
One more exam ialah, tilawah placement test. Yg ni korang kena mengaji and hafal surah2 lazim. Ok yang ni kalau korang exempted, korang akan masuk group study circle. Kalau korang akan masuk group fardhu ain ataupun kelas tilawah.
inilah persekitaran CFS IIUM Nilai, yang bangunan tu class and mahallah sisters. pic from Nphotography. credit to Naim :)
Lepas habis je taaruf week. Students Arts programs and Econs akan di transfer ke Nilai. Kat sini lah, bermula segalanya. Hidup kat PJ and Nilai memang berbeza. Korang dapat rasa hidup dalam dorm macam kat sekolah menengah tu. Satu dorm akan ade 16 or 18 penghuni. Kalau sesiapa yg dapat blok A, toilet and bathroom semua kat dalam dorm. Tapi bagi sesiapa yg dapat Blok D or E, toilet kat luar. Setiap dorm ada 4 bathroom and 2 toilet. Bagi sesiapa yg duduk blok D or E jugak. Ada special room, 1 bilik 4 orang. Kat depan dorm tu je. Ok yg ni susah sikit nak describe. Bila korang masuk nanti akan tau macam mana keadaan bilik tu. Jangan lupa untuk bawa mangga dan kunci utk locker korang nanti. Iron pun better bawak sendiri. Iron board nanti korang share2 lah satu dorm tu beli sama-sama.
blok E.
Kemudahan yg ada kat CFS IIUM, Nilai ni :
1. Laundry : rm2 per wash. Menggunakan duit syiling taw. So prepare duit syiling banyak2. Dry area ada kat luar and ada jugak kat dalam. So suka hati korang lah. Dryer pun ada, tapi tak tau lah masih berfungsi ataupun tidak. Kalau rasa malas basuh, pegi je hanta dobi. Tapi bayar lebih sikit lah ye.
2. Cafe : cafe ada banyak, kedai makcik, kedai pakcik, CFS cafe, kawah thai and macam-macam lagilah. Kalau rasa tak nak makan kat dalam tu. Pegilah mcd, pizza, KFC, A&W, burger king, domino’s. Macam2 ada ye kat sekitar nilai tu.
3. Kedai : ada kiosk, covinience shop, 7eleven, kalau rasa rajin pegilah giant or tesco.
4. Cyber cafe and photocopy center : yang ni pun berlambak. Pegi blok B, kat bawah mahallah brothers memang banyak kedai.
5. Tempat riadah : blue court, dataran nilai & suka hati lah korang nak beriadah kat mana.
6. transport : teksi, bas mini, KTM komuter. senang nak pegi KL, Seremban, KLIA and putrajaya.
Pakaian korang pulak, yang penting menutup aurat. I think ini peraturan baru. Sejak start short sem hari tu, no more shawl ! shawl sama sekali tidak dibenarkan di pakai untuk ke kelas. So sediakan tudung bawal banyak2, kalau tudung tu jarang, sila pakai inner ye. Baju kurung tak kisah lah macam mana pun, asalkan menutup aurat. Jubah pun boleh. Tudung putih adalah wajib utk hari rabu. Kasut mesti berwarna hitam ataupun gelap dan bertutup. Stokin pun wajib taw !
tudung putih hari rabu.
Barang larangan, refer kat booklet korang ye. Semua electrical items wajib di daftar, kalau tak daftar nanti kena saman. Ada terbaca, ada yg tanya boleh ke bawak dapur gas, HAHA. Rasa nak gelak lah dik oii. Rajin betul. Tak payah lah susah2 nak bawak dapur gas. Banyak cafe kat CFS ni. Barang-barang berharga simpan dengan baik ye, especially laptop kesayangan korang.
Itu sahaja kot yg akak di sini dapat bantu. Kalau ada apa-apa ingin bertanya. Sila tinggalkan komen anda di post ini. kalau nak tengok gambar lagi and cerita cerita saya di CFS IIUM ni, sila click label CFS IIUM NILAI Terima kasih semua. Selamat datang ke KAMPUS CFS IIUM, Nilai.